Saturday 2 February 2013

Sejarah

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)) dulunya dikenali sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah merupakan golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.

ACIS menawarkan khidmat pendidikan dengan latihan dan pembelajaran multi dimensi berbagai bentuk termasuk akademik dan non-akademik. ACIS juga terlibat dalam khidmat nasihat luaran dan dalaman, penyelidikan dan penulisan serta lain-lain kepakaran yang berkenaan terutama yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian secara langsung.

Bagi meningkatkan tahap kesarjanaan dan penyelidikan Islam, penggabungan Pusat Pendidikan Islam dengan Unit Kerohanian HEP telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 19 Mac 2003.

Penggabungan ini telah mewujudkan satu nama baru iaitu Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam dengan singkatan CITU (kini dikenali sebagai ACIS). Dengan penstrukturan baru ini pengajaran dan pembelajaran kursus Pendidikan Islam UiTM dapat diperkasa dan diperkukuhkan selari dengan kehendak visi dan misi UiTM.

Pada 13 Januari 2004, CITU telah diisytiharkan secara rasmi penubuhannya oleh Naib Canselor UiTM di Majlis Pelancaran CITU yang diadakan di INTEKMA Resort and Convention Centre, Shah Alam. Dengan penubuhan ini PPI, Unit Agama serta Unit Zakat telah digabungkan dalam satu organisasi.

Dengan Penggabungan CITU di Shah Alam, maka keseluruhan cawangan akan memerlukan penstrukturan yang baru. Maka UiTM Pahang juga seiring dengan cawangan-cawangan lain mula melakukan penstrukturan masing-masing. Arahan Penstrukturan CITU kampus cawangan adalah berdasarkan kepada surat Dato’ Naib Canselor bertarikh 12 Oktober 2004.

Konferensi CITU di UiTM Pulau Pinang, telah mengusahakan penjenamaan baru kepada ACIS/ APIK. Setelah diteliti, kemudiannya Kementerian Pengajian Tinggi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil  1/2013 bertarikh 28 Februari 2013, telah bersetuju memperakukan penubuhan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) seiring dengan penstrukturan dan penjenamaan semula CITU

Berkenaan UiTM Kampus Khazanah Alam, Jengka, Pahang, Alamat ACIS adalah :

Dekan Ketua Pusat Pengajian
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Teknologi MARA Pahang
40450 Shah Alam Lintasan Semarak 26400
SELANGOR DARUL EHSAN Bandar Tun Razak Jengka
PAHANG DARUL MAKMUR

No comments:

Post a Comment